Syerra Shoppe dibawah Syarikat Aini Sakinah Enterprise menjalan kan perniagaan berasaskan kesihatan dan kecantikan yang menggabungkan cara tradisional dan juga moden. Syerra Shoppe terletak di Reko Sentral Kajang, Selangor. Memulakan oparasi pada Jun 2010 kini Syerra Shoppe masih berusaha gigih menjalankan perniagaan yang dapat memberi keselesaan seisi keluarga. Sedikit pengenalan Reko Sentral dari website http://www.my-rummy.com/PearlAvenue/Reko_Sentral.html
Pengenalan
Reko Sentral adalah kawasan perniagaan baru yang terletak di Jalan Reko, iaitu di antara Jalan Kajang ke Jalan Bangi. Reko Sentral dibangunkan oleh Reko Heights Development. Tidak seperti kawasan pembangunan 'Sentral' lain, Reko Sentral menawarkan ruang pejabat perniagaan dan bukannya kawasan hentian perkhidmatan awam seperti bas, komuter dan teksi. Reko Sentral terletak berhampiran dengan Bandar Baru Bangi, Bandar Kajang dan juga lebuhraya SILK Kajang.
Kawasan perniagaan Reko Sentral mula dibuka pada tahun 2009. Sebuah stesen minyak Petronas Jalan Reko juga telah dibuka pada awal 2009. Kini sudah terdapat beberapa syarikat yang membuka perniagaan di situ. Terdapat juga restoran dan kedai makan, Syerra Shoppe (kesihatan dan kecantikan), kedai elektrik, pusat dobi (Reko Laundry), klinik, bank (Agro Bank), Hotel Budget (Reko Inn) dan juga kedai servis dan alat ganti kenderaan. Terdapat Wisma Pembantu Perubatan danTahsin al-Quran Training Center di sini. Pasaraya ECONSAVE Reko Sentral telah dibuka di kawasan ini menjadikan Reko Sentral sebagai satu lagi tempat tumpuan awam baru selepas Kawasan Perniagaan Seksyen 7 Bangi yang dibuka pada 2008.
Untuk ke Reko Sentral ini, anda perlu menaiki teksi. Reko Sentral juga berhampiran dengan Hentian Kajang iaitu tempat hentian bas-bas ekspress untuk ke destinasi-destinasi utama di Malaysia. Jika anda bekerja di kawasan ini, anda bolehlah mencari rumah sewa di kawasan Bangi (Seksyen 4), Kajang ataupun apartment-apartment kos sederhana di Seksyen 7 Bangi dan juga di Sg. Chua seperti Sri Ixora, Sri Lavender, Sri Dahlia dan Sri Cempaka. Satu projek apartment kos sederhana tinggi berdekatan kawasan ini yang baru dilancarkan ialah Pearl Avenue Apartment yang dimajukan oleh TLS Holdings (M) Sdn. Bhd.
| ||||
Kami pembekal pati delima gulshan..hanya 10.50 sebotol untk 5 katon dan keatas...berminat sila hubungi
ReplyDelete1.0132668261--wan
2.0176879183--lina